Isnin, 30 September 2013

Hijjaz - Hanyalah Iman

DitempatkanNya teratas sekali
Kotak fikiran yang terpenting ini
Walaupun kecil besar peranannya
Pergunakan ia dengan bijaksana
Kenal diri kenal Pencipta

Antara rusuk tersembunyi hati
Baik dan buruk bermula di sini
Sesaat ke kiri sesaat kanan
Tiap detik masa dihasuti syaitan
Pelindungmu hanyalah iman

Usah dibiarkan rasa bimbang serta curiga
Menguasai jiwa
Carilah pada diri dan alam
Iman pasti kian mendalam

Langit nan tinggi tiada bertiang
Laut tiada sempadan
Dilingkaran paksi beredaran
Bulan dan bintang

Lihatlah pada mata dan minda yang terbuka
Pada kejadian manusia

Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..

1 ulasan: